Wednesday, 27 February 2013

Temuduga disalah sebuah badan berkanun

Saya mendapat panggilan dari sebuah syarikat berkanun nie, mengisi jawatan kosong sebagai pengawai tadbir. Mula2 tu rasa macam jauh pula , tapi fikir manalah tahu rezeki pula ke.

Iyalah setiap kali ada interview kita pasti akan berimpian untuk mendapat kerja tersebut, selepas budget duit yang ada, aku dan suami bertolak petang tu dari kedah ke kuala lumpur. Melihat kepada kesungguhan suami memperuntukkan duit untukku, aku benar2 berharap, jadi aku akan baca sampai pukul 3:00 pagi demi nak hafal setiap visi, misi dan objektif dan juga satu malaysia dan sebagainya.

Tetapi aku  jadi serba salah, nak fikir mana nak tinggal lagi, habis juga duit dalam rm500, makan minum& tmpat tinggal kami berdua. Aku telefon mereka, mereka kata ada 4 kekosongan. aku jadi teruja la sebab rasa ada peluang kot.

Pada hari temuduga terkejutnya aku sebab calon hari tu adalah seramai 60 orang, kalau tahu ramai mesti aku tak datang.... kecewa pula. Selepas sedikit taklimat dia bagitahu permohonan adalah seramai 6000 orang jadi kami ini antara yang bertuah dari pelusuk negeri.

Mula2 kami diberi kertas psikologi untuk dijawab, dan yang kedua tentang personaliti warna, selepas itu barulah sesi temuduga.

Disebabkan ramai yang datang, jadi kami di interview secara kumpulan. Macam2 yang kami dengar, ada yang kata kena speaking, ada yang kata cakap melayu. Ada yang kata NKRA, 1 Malaysia kena soal... macam2, maknanya soalan berbeza.

Aku pula dapat interview selepas rest, disebabkan aku tinggal semua duit, telefon kat bilik. Suami pula akan ambil petang jadi aku tak keluar makan, aku juga tak solat zohor sebab niat nak jamak aje. Tapi rasa macam desperate pula sebab yang lain semua dah tak ada.

Kemudian aku bercakap dengan staff kat situ, mereka cakap sebenarnya mereka nak ambil staff dalaman aje, tapi sebab nak berlaku adil mereka panggil semua. Aku of course la terkejut, sebab ada 10 orang orang calon adalah pekerja kontrak kat situ dan ada juga yang memohon kenaikan pangkat. Ya Allah rasa nak menangis kat situ juga. Maknanya aku ini hanyalah sebagai tempat untuk cover aje ke?

Disebabkan kasihan pada suami yang tunggu aku, aku kuatkan juga semangat lalui temuduga tersebut. Soalan kami, selepas perkenalkan diri, adalah soalan mengenai tanggungjawab pentadbir, tentang kewangan dan juga value of money...

Kesimpulannya, itulah pengalaman temuduga, kerana melibatkan kesungguhan, kewangan dan masa tapi akhirnya sia2 shj selepas aku tahu aku adalah antara orang yang hanya memenuhi prosedur mereka sedangkan jawatan sudah dijawat oleh pekerja kontrak dan akan dapat selepas interview.



No comments:

Post a Comment