Thursday 28 February 2013

pengalaman


salam..hi, saja nak share pengalaman kat cni….
saya grad dr Uitm dalam bidang Pentadbiran Awam. Grad pada tahun 2007. lepas grad terus cari keja, malas nk smbung dgree coz skarang ni persaingan dalm bidang pekerjaan terlalu banyak, kawan2 semua smbung dgree, sya plak sibuk mencari kerja.
penah jadi cashier, kerani kedai, pastu try minta jd guru ganti, alhamdulillah, dapat jadi guru ganti cikgu bersalin selama 3 bulan di sekolah rendah. dalam masa dok jadi guru ganti, try apply Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). alhamdulillah,pas 3 bulan jd guru ganti, dapat plak keja guru sandaran di sekolah menengah (ajar BI).
jadi GSTT 2 tahun, pastu awal tahun 2010, kontrak GSTT ditamatkan…terpaksa la.. tak keje.. tapi sblm tu mmg da isi jawatn lain dalam SPA. bulan 2 2010, rasa boring sgt, try mintak kerani kat kilang, alhamdulillah, dapat, then keje smpai bulan 5, dapat tawaran jadi Penolong Pegawai Tadbir N27 kat kementerian kesihatan. alhamdulillah, akhirnya, dapat juga keja kerajaan dan juga tetap.
ps: untuk mencapai semua ni, bukan lah mudah, untuk pengetahuan, semasa saya tamat SPM, sya ada apply utk msuk Latihan Separa Perubatan (SPA). interview dalam 3 kali. (1-Pembantu Makmal Perubatan-GAGAL, 2- jururawat masyarakat-GAGAL, 3- jururawat-LULUS (terpaksa tolak kerana berada di tahun akhir diploma)-yakin akan mendapatkan pekerjaan dgn menggunakan dip yg ada. lepas dapat diploma, start isi semua jawatan kosong di akhbar, SPA,online, jobstreet. interview SPA saja saya pernah hadiri sebanyak 8 kali. (pembantu tadbir, pembantu tadbir (kewangan), pembantu antidadah, penolong pegawai antidadah, penolong pegawai kebajikan masyarakat, penolong pegawai belia dan sukan, pembantu undang-undang, penolong pegawai tadbir)
dalam banyak2 jawatan tu, ada 3 jawatan dapat calon simpanan (pembantu tadbir (kewangan) dan pembantu antidadah, penolong pegawai tadbir) alhamdulillah, akhirnya dapat jawatan yang setaraf (diploma)-penolong pegawai tadbir… ( 2 jawatan lagi minta pakai SPM)
itu lah kisah saya yang telah melalui banyak proses temuduga kerja. yang penting jangan putus asa dan sentiasa bertawakal. terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah yang snggup bawa saya ke alor setar dan penang untuk sesi temuduga… jasa kalian amat besar buat diriku..
walaupun impian mak utk tgk anak dia ni keja sbg misi (nurse) tidak kesampaian, tapi saya telah ditakdirkan utk bekerja di kementerian kesihatan juga, tercapai la jugak impian mak kan…hehehe;)
buat pengetahuan smua juga, dr sya belajar smpai kerja, sya mmg x penah jauh dr family., blaja kat uitm kedah, kerja Guru ganti dan sandaran di sekolah kawasan rumah. dan alhamdulillah, dapat 1st posting utk jawatan PPT di penang…so, dekat je ngn parents….;)

Saya sdh membaca semua kisah – kisah interview ni.Saya tertarik untuk share pengalaman interview yg pernah sy hadiri. Untuk pengetahuan rakan – rakan, saya orang sandakan sabah yg lahir dalam keluarga yg blh dikatakan agak susah jg..pada tahun 2001 selepas result stpm keluar sy telah mengisi borang UPU dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana muda teknologi maklumat d ipta semenanjung..sebenarnya pada masa tu saya tak fikir lg tentang masa depan,sy terus terima tawaran itu sebab dalam fikiran saya yg penting masuk universiti dan ada ijazah..so sms study, sy sedar yang saya lgsg tak berminat dlm bidang IT..akhirnya pointer akhir yang sy dpt ialah 2.02..terlalu rendah dan sy mula risau tentang bagaimana utk mendapat peluang pekerjaan..lepas saja konvo, saya menganggur selama 4 tahun sbb sukar mendapat kerja dengan pointer serendah itu…byk jg resume yg sy sdh hntr tapi hanya sekali dua saja yg dilayan..di kg sy menoreh getah dan sering disindir oleh jiran – jiran dan sebab drg ckp spatutnya graduan jd pegawai bkn penoreh getah..sy malu sgt2 tp pa blh bt terpaksa tersenyum sja wlupun hati sakit..pada suatu hari rakan sy sms dan membawa sy untuk memohon kpli..rakan sy ni sdh 3 kali ikut mtest tp x pernah lulus biarpun pointer dia dlm 3.0..dlm hati sy, sy ingin mencuba dalam bidang perguruan namun sy x yakin dpt..kebetulan masa itu sy berada di kk utk mencari pekerjaan..so sy pun beli no pin d bsn kk. terus aply melalui online… company yang sy pergi x mau menerima sy sbb pointer sy terlalu rendah .mereka mau sekurang – kurangnya 3.0 pointer ke atas..bygkn sy dtg ke company dan terus tya tentang vacancy dlm bidang IT ..ada 2 company sja yg ada vacancy tp permohonan sy ditolak.so dgn hati yg hampa sy pulang dengan menaiki bas ke Sandakan yg memakan masa selama 5 jam dr kota kinabalu. 2 minggu kemudian sy dipanggil untuk menjawab mtest utk kpli matematik dan perkara itu membuatkan hati sy berdebar2 bercampur dengan perasaan gembira dan risau..sy tidak menyangka yg sy diterima jg untuk mtest.Untuk pengetahuan semua,inilah pertama kali sy memohon kpli..so tanpa persediaan sy dtg ke Kota kinabalu utk menghadiri mtest tersebut..sampai saja di pusat mtest tersebut saya berbual2 dgn bebrapa org di situ dan sy dapati kebanyakan daripada mereka ada yg kali ke 3 memohon dan plg teruk ada yg sdh lima kali memohon tetapi x Berjaya jg..Mereka sibuk membaca buku mtest utk persediaan ttpi sy lgsg x baca apa2 utk persediaan..Apa yg sy bawa dr sndakan hanyalah doa sebagai bekalan..dalam mtest sy x sempat menjawab 10 soalan sebab masa terlalu sgkt jd pa lagi sy tembak saja..hehe..lps mtest sy pulang ke Sandakan semula dgn hati yg x berapa yakin..beberapa minggu kemudian..sy terkejut dengan perasaan yg gembira sebab sy telah diterima utk interview kpli dan semasa interview inilah soalan yg ditanya oleh mereka.
1. Dia tya psl background . jwb dlm bhasa inggeris..syukurlah sy telah bersedia semua tu dan telah dapat menjawb dgn panjang lebar biarpun bahasa inggeris sy tak berapa bagus.Dan satu strategi telah sya gunakan semasa menjawab iaitu bercakap pjg lebar supaya kurang disoal oleh penemuduga..bygkan utuk menjawab ttg background saja sy sdh memakan masa 10 minit lebih.Dan sy selitkan juga tentang minat sya dalam bidang perguruan sejak dr bangku sekolah lg walaupun sebenarnya tidak..
2. Dia tya kenapa x ambil bidang perguruan semasa di Universiti dulu.? Dan ini pun sy memakan masa lima minit lebih jg untuk menjawab.Saya jawablah yg dulu sy apply bidang perguruan tapi ditawarkan bidang IT pula…sya jawab dengan penemuduga lg sebelum sy terima bidang IT sy minta nasihat dulu dgn guru di sekolah sy, adakah peluang untuk jadi guru wlupun ijazah dlm bdg IT…jd guru sy jawab ya..sbb klu bidang IT pun blh apply kpli utk jd guru.dan sebab itulah sy terima bidang IT di Universiti dulu.
3. Dia tya lgi ttg pengalamn sy sbg guru.Dan sy jawablah yang kononya sy selalu buat tuisyen di kampung..ttpi sbnrnya x pernah pun..hehe..
4. Interview sy sekejap ja dalam 25 minit..dan kebanyakan saya yg lebih byk bercakap berbanding penemuduga..dan akhir sekali sy memohon dgn mereka yg sy btl2 minat jdi guru.dan sy ckp lg yg ini kali yg ke 4 sy interview kpli walupun sbnrnya kali pertama hehe.
Semasa habis seisi interview..bila penemuduga tu keluar utk balik ke rumah sy tanya lg dgn dia bagaimana keputusan interview sy..sy berterus terang lg dgn dia bahawa biarpun pointer sy terlalu rendah tapi sy benar – benar berminat untuk menjadi guru padahal x berapa minat pun..Cuma sy memang minat subjek matematik dan terdesak utk mendapat pekerjaan. Dan dia menjawab suruh sy bersabar dan tgu keputusan nanti..lagipun dia cakap lagi yg saingan terlalu byk..
Walaubagaimanapun..sy sgt bersyukur kerana tuhan telah menunaikan hasrat sy dan akhirnya sy Berjaya ditawrkan utk mengikuti kursus KPLI selama stahun..Dan hari ni genap setahun lebih sy menjadi guru dg41 dan minat utk menjadi guru sdh bertambah sedikit….syukur sekali lagi kepada tuhan.

Oh My Interview!!!



Assalamualaikum

Cerita bab interview neh kalau ikutkan hati dan perasaan aku neh, memang da x der feeling sangat
kadang aku ase hadir interview neh sekadar penyeri suasana jer..
nak2 tedengar alaahhhh.. kita neh bawak wayar jer.. kabel depa lagi besaq T__________T
lagi la down..
tapi bila dapat interview dari SPA and jawatan tu attached di Penang
aku memang tak leh tolak
sebab aku rasakan ini adalah salah satu ikhtiar aku, pengorbanan aku nak duduk sehampir mungkin dgn laki aku..
dari kl aku ke guar.. harap ader rezki duduk d Penang lak

pagi2 lagi laki aku hantar bebetol depan pintu KOMTAR tu
sebagai pemberi semangat aku kira
nsb motor LC laki aku x leh nak bwk smpai ke tingkat 47
klu tak, x der aku nak merasa naik lif KOMTAR tu
jawatan aku interview neh sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Interview bejalan dengan lancar
soalan2 dari pihak temuduga pun x der mancabar mana
mayb sebab aku da bekerja dengan kerajaan walau hanya badan berkanun
so soalan general shja yang ditanya

harapan aku agak tinggi
sebab y hadir utk jwtn neh 5 org jer
sekali masa penemuduga buka soalan dekat aku
laju jer aku katakan encik.. saya sangat berharap untuk jawatan ini..
maka dengan tenang penemuduga itu berkata
yer ker? kami nak amek 3 org saja.. sekarang hadir temuduga da 28 org
U_U

ya aku sedey..
rupanya hari temuduga y aku hadir neh mungkin suda hari ketiga atau keempat
apa2 pun keputusan bole diketahui pada 13 ogos..
seperti mana rezeki aku dapat tukar sempena bulan barakah Ramadhan thn lepas
aku berharap rezeki jawatan ini akan menyusul
mana lah tahu 3 org itu termasuk aku kan....

Doakan aku 

Wednesday 27 February 2013

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR GRED J29


"Dimaklumkan bahawa anda dijemput menghadiri sesi temuduga. Sila buat semakan untuk mendapatkan tarikh dan tempat temuduga anda bagi jawatan PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR GRED J29 di emel anda atau di Portal SPA."
Bila cek emel, tarikh temuduga 30Julai2012

Apa perasaan anda kalau dalam sms macam ni?? mesti mood bertukar happy dan teruja kan?? Tapi, aku berbelah bahagi either nak pegi atau tak.. sebab 4 julai 2012 yang lepas, aku baru je pegi temudugan PEGAWAI PERANCANG BANDAR J41.. hurm, tapi, disebabkan hal2 tertentu, aku gagahkan juga diri untuk melangkahkan kaki ke dewan temuduga.. 

meh nak share TIPS temuduga.. temuduga J29 dan J41 tak banyak beza sangat.. lebih kurang sama.. tapi, yang J41 haritu, aku tak berapa nak bersedia sangat.. tapi, kalini, aku dah bersedia..

Masa Interview J41, soalan2 yang ditanya;
1. Nama, Alamat, Perihal diri
2. Latar Belakang Akademik
3. disebabkan aku ada bawak contoh hasil kerja yang pernah aku buat sepanjang aku bekerja, so, soalan2 yang ditanya adalah more on kerja dan tugas aku. masa tu, aku tunjuk report ICUZP sabak bernam kuala selangor yang aku buat bertungkus lumus sblm ni.
4. pastu interviewer tu ckp, let me try your english (time ni dah menggelabah sbb dah lame x ckp omputih n tak prepare langsung!! serious gelabah..)
"ok".. aku mengangguk, tp nervous sgt!..
"Please Describe Kuala Selangor and Sabak Bernam to me.. I never go there.. Tell me about that place"
aku pon merapu meraban.. bla bla bla...
and the last, kesilapan yang tak patut aku buat, aku dah terbuat.. nak tau ape, 
aku cakap kat interviewer
"can i continue my story in Malay, sir?"
"No!".. okeh, aku kantoi kat sini.. ENGLISH!!! 
5. Ok lah, apa kelemahan kamu?? 
"damn it, soalan macam ni lah yang aku paling tak suka.."dalam hati lah kan.. haha.. penat aku pikir pikir pikir pikir... kat sini lagi aku kantoi.. aku cakap PELUPA is one of my kelemahan..
apelah.. ni lah akibat tak bersedia.. hampeh.. 
pastu, kene ceramah la sikit.. 
6. Awak kerja di mana?? 
"ANZ Planners Sdn Bhd in Gombak"
7. Its a big company right?
"tak de lah sangat.. tapi, projek tu sentiasa ada la" sambil senyum kambeng
8. Why not u kerja je dekat situ?
time ni aku dah rasa, i'm a looser.. 
tp, aku senyum je lah
9. Ok lah, ade ape2 nak tanya??
Takde.. 

Keluar bilik interview, tengok semua kerusi n akuarium.. cantik ikan kat situ.. 

------------------harapan tipis nak dapat J41------------------
so, bile dapat panggilan temuduga J29, aku kuatkan semangat pegi jugak lah.. mencuba nasib
nak kate tak pandai, aku dapat second upper class degree n diploma
tak salah kan mencuba??
hehe

so, J29 aku dah ade experience sikit lah tatacara temuduga..
1.Please Introduce Yourself
aku pon explain la (all in english) berbuih2 aku cakap, sbb dah prepare before masuk bilik temuduga=)
name, adress, graduated from, siblings, father, mother, works bla bla bla
2. interviewer tu tanya sorang lagi interviewer, dia ada degree tak??
ada, jawab interviewer yang tengok kompilasi sijil2 aku.. lepas tu dia tanya,
"ada mintak J41 tak??"
"ada"aku jawab
"habis tu, kenapa mintak J29?"
"actually, saya mohon J29 ni dah lama dah, disebabkan tiada pendedahan mengisi SPA, saya letak je jawatan ape pon, yang penting perancang bandar.. tapi, lepas interview setahun yang lepas N17, saya dinasihatkan  oleh pegawai SPA untuk mohon jawatan pegawai sahaja sbb saya ada degree.. saya pon dah buang J29 dari senarai jawatan pilihan sbb die note kat bawah jawatan tu, maaf anda tidak layak kerana ...... tapi, pelik, kenapa masih dipanggil untuk dtg interview" panjang lebar aku membebel + sebak dah tym ni
"ok, skg ni SPA dah ubah, org yang ada degree layak untuk memohon jawatan SPM sbb nak elakkan pengangguran.. tapi, u dah keje tetap kan??" kata pegawai SPA tu, n aku pon angguk2 sbb aku mmg sedia maklum pasal hal tu
"ok lah, berapa chances untuk awk dapat J41 tu??"
"50-50.. saya tak yakin boleh dapat"
"kenapa cakap macam tu?, ada tak dapat jawab soalan2 dia ke? ke ade kantoi kat mane2?"
"English".. terus aku jawab
penat jugak la aku bersoal jawab dengan interviewer..

lepas tu interviewer cakap lagi, tak pe lah, tunggu 2-3 tahun lagi sampai ade jawatan pegawai, then apply lagi.. 

Aku sedih dan menyesal sebab tak bersedia betul2 masa interview gred J41!!!!! 
SEDIH SANGAT!!!!

ok, next time, cuba lagi okeh!! cuba yang terbaik!! walaupun interviewer tu cakap, tak ape, nanti kita cross check semula nama u.. kita akan pertimbangkan.. result u sangat bagus n u keje di tempat yang bagus.. 

aku mengharap dapat masuk government..

kepada anda yang akan menghadapiu interview, sila bersedia!!
Good Luck

"Allah telah menentukan yang terbaik untuk hamba-hambanya, berkat doa usaha dan tawakkal mengharap ianya akan berhasil.. Amin"

With Lov
- See more at: http://umizuhirah.blogspot.com/2012/07/pengalaman-interview-spa.html#sthash.lBPzQ7pj.dpuf
Salam hormat.

Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas.
grad pada 2002 , start pada tu tiap2 tahun saya renew
permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam
tujuh tahun ni saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang
bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat
dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat
,saya sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua
kali ditawarkan temuduga . Jawatan Pegawai Tadbir dan
Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap
temuduga.. tapi kat mana silapnya ,, saya tak tau… saya
sedih , keluarga susah mak dan ayah cuma pesawah padi, dah
uzur…

Duit dah banyak habis,,, beli borang, setem, fotostat
sijil2 , dan macam2 lagi….setiap iklan dalam paper saya
mohon … hanya tuhan yang tahun penderitaan emosi, saya
selama 7 tahun ni.. sekarang ni saya menganggur kerana
tiada pekerjaan,, sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil
…pendapatan pun cukup2 makan adalah dalam RM500. 00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga , ianya merupakan kesan yang
besar bagi saya,, seminggu saya macam diawang-awangan…
stress,,,,tak dapat menerima hakikat ni… walhal semua
saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti..
saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.

Encik, sejak saya study lagi cita2 saya nak berkhidmat
dalam sektor awam…kerana persaingan yang sungguh sengit
dikalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja.. saya
juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM…

Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon
dalam perkhidmatan awam …
Sayu dihati ni ,emak saya menangis melihat keadaan saya
kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar
,sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti
nak tolong keluarga … tapi sampai sekarang ni saya tak
mampu ….

Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan
ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal
dalam temuduga,,,,,
moga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat yang
perlu saya lakukan sekarang,,,,

terima kasih
Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan
pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan
sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Walaupun
begitu, saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan
telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak.
Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya
ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan
tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti
biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan
tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan
keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh
dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan
yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran
ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan
dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk
mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut
sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat
surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir
Kewangan.Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin
minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin
meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya
tidak pernah menghadiri temuduga.

Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung
putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar
sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail,
saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil
ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil,
saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi
salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah
saya melangkah untuk duduk.

penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan
ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.

penemuduga: Sebutkan rukunegara.

alhamdulillah saya dapat menghafalnya. penemuduga bertanya
kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di
televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.

penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?

Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa
itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya
tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan
dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah
mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.

penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara
masa kini?

Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan
pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian
di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan
pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka
tentang isu ini. Saya juga tudak membangkang pendapat
mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka.
Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya
hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi,
saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini.
Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya
tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan
bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat
menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.”

Itu sahaja yang saya ucapkan.