Wednesday, 27 February 2013

Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan
pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan
sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Walaupun
begitu, saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan
telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak.
Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya
ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan
tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti
biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan
tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan
keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh
dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan
yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran
ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan
dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk
mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut
sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat
surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir
Kewangan.Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin
minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin
meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya
tidak pernah menghadiri temuduga.

Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung
putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar
sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail,
saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil
ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil,
saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi
salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah
saya melangkah untuk duduk.

penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan
ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.

penemuduga: Sebutkan rukunegara.

alhamdulillah saya dapat menghafalnya. penemuduga bertanya
kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di
televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.

penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?

Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa
itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya
tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan
dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah
mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.

penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara
masa kini?

Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan
pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian
di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan
pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka
tentang isu ini. Saya juga tudak membangkang pendapat
mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka.
Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya
hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi,
saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini.
Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya
tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan
bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat
menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.”

Itu sahaja yang saya ucapkan.

No comments:

Post a Comment